kejayaan atau kekalahan


manusia pasti takut dengan kekalahan dan ada juga yang takut dengan kejayaan..kenapa? kerana kejayaannya bukan atas usahanya sendiri..oleh itu dia takut kejayaan yang dikecapinya hanyalah sementara..dan serta merta akan berubah menjadi kekalahan..bagaimana pula dengan kekalahan menjadi kejayaan..ini adalah kerana dengan peningkatan usaha, kesabaran, ketakwaan, keimanan, dan tawakal seseorang itu boleh berjaya walaupun dia pernah gagal atau kalah sebelumnya..kekalahan adalah bukan untuk selama-lamanya begitu juga kejayaan bukan untuk selama-lamanya..bagaimana untuk kita memastikan semuanya berubah? sentisa mengingati ALLAH..berusaha mendekati-Nya..berusaha mendapatkan keredhaan-Nya..berusaha untuk mendapatkan hidayah-Nya..pasti kita akan mendapat kejayan di dunia mahupun diakhirat..Insyallah..

tomorrow is future


assalammualaikum....

ESOK...setiap hari kita akan fikirkan pasal esok..bermacam-macam di fikiran kita..
kadang-kadang apa yang kita idamkan belum tentu kita akan mendapatnya..
kita sentiasa mengharapkan esok lebih baik dari hari ini..kita selalu meletakkan harapan pada hari esok..dan kita selalu juga memikirkan kebaikan, kejayaan, kemewahan, dan keduniaan pada hari esok..tapi kita tidak terpikir apakah bekalan hari ini untuk hari esok..? mampukah kita menghadapi hari esok..? adakah apa yang kita lakukan hari ini dan sebelum kita akan dapat apa yang kita harapkan untuk hari esok..? berhasilkah apa yang selama ini kita usahakan pada hari esok..? apakah yang kita lakukan andai esok yang di idamkan tidak dapat dikecapi..? adakah esok merupakan hari kita paling bahagia atau hari yang paling menyedihkan..?
tiada siapa yang dapat menjawabnya..
kerana..esok adalah masa depan..
hanya Allah yang tahu apa yang jadi pada hari esok..
kita sebagai manusia hanya mampu menjangka sahaja..
walaubagaimanapun..yang pasti apa yang mereka usahakan atas nama Allah..
sesungguhnya mereka akan mendapat kebahagian bukannya hanya pada hari esok malah selama mereka didunia mahupun diakhirat kelak..Insyallah...